ESEI INDIVIDU (JURNAL REFLEKTIF)
NURSYUHADA BINTI MUHAMAD
1819624
BMCO 3102 (KESANTUNAN BERBAHASA)
ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan …. …. …. …. …. …. … 01
1.1 Penghargaan …. …. …. …. …. … 02
1.2 Objektif Reflektif …. …. …. …. …. 02
2.0 Kekangan Yang
Dihadapi …. …. … ….. …… …..
03
3.0 Aplikasi Teori Dalam
Kehidupan/proses pembelajaran …
… ….. 04-06
4.0 Pengalaman berharga …. …. …. …. …. …. 07
5.0 Kesimpulan …. …. …. …. …. … …. 08
BIBLIOGRAFI …. …. …. …. …. …. … 09
1.0 PENDAHULUAN
Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan
dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan
sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Definisi bagi
kesantunan berbahasa merujuk kepada nilai beradab dan
sopan melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang
memancarkan budi pekerti mulia. Sebagai contoh, perkara berbentuk
cara sapaan, gaya bahasa dan perilaku seseorang menunjukkan bagaimana
kesantunan itu terbentuk dan berfungsi dalam pertuturan.
Pengkaji
yang menggunakan kesantunan berbahasa sebagai fokus kajian dilihat banyak
menggunakan teori-teori yang relevan dan sesuai dengan konteks kajian yang
dilakukan. Selain itu, kajian dalam kesantunan berbahasa menyentuh pelbagai
perkara seperti aspek kesantunan dari perspektif Islam, intonasi dan nada bercakap,
lakuan tutur dalam masyarakat dan pelbagai lagi. Ahli bahasa mewujudkan
pelbagai perspektif dan pandangan mereka tersendiri mengenai konteks kesantunan
berbahasa ini. Perkara seperti situasi kesantunan berbahasa di negara sekarang
menyumbang kepada sudut pandangan yang berbeza. Kesantunan berbahasa dilihat tidak
begitu diamalkan oleh semua golongan. Hal ini adalah kerana negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan pecahan etnik yang berbeza.
Seterusnya,
penulisan ini adalah bertujuan untuk menceritakan kekangan yang dihadapi, iaitu
jenis permasalahan yang berlaku dan bagaimana perkara tersebut memberi kesan
kepada saya. Seterusnya, penulisan ini juga untuk mengetengahkan aplikasi teori
dalam kehidupan serta proses pembelajaran yang dilaksanakan oleh saya hasil
pembelajaran dalam ilmu kesantunan berbahasa. Seperkara lagi, penulisan ini
juga adalah untuk menyatakan pengalaman berharga yang diperoleh saya.
01
1.1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat illahi atas nikmat kesihatan serta kekuatan yang telah
dikurniakan semasa proses penulisan blog ini dilakukan. Penghargaan dan terima
kasih diucapkan kepada pensyarah subjek Kesantunan Berbahasa (BMCO 3102) yang
cukup dihormati iaitu Dr. Arina Binti Johari kerana telah memberi ruang kepada saya
untuk berkongsi dan memberi inspirasi di dunia blog ini tentang apa yang telah
saya lalui. Segala tunjuk ajar dan dorongan yang telah banyak dikongsikan amat
berguna kepada saya. Malah, kekurangan yang ada sedikit sebanyak dapat
dielakkan atas kerjasama dan budi serta jasa puan kepada kami.
Seterusnya, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga yang tidak putus membantu serta memberikan sokongan semasa menyiapkan penulisan blog ini. Akhirul kalam, buang yang keruh ambil yang jernih. Wallahu alam, terima kasih.
1.2 OBJEKTIF REFLEKTIF
Penulisan ini dibuat adalah bertujuan untuk:
1. Menyatakan kekangan yang dihadapi dalam bidang pragmatik.
2. Menjelaskan aplikasi teori dalam kehidupan serta proses pembelajaran yang diperoleh dalam bidang pragmatik.
3.
Mengenalpasti pengalaman berharga
yang diperoleh dalam bidang pragmatik.
02
2.0 KEKANGAN
YANG DIHADAPI
Kesantunan berbahasa bersifat halus
dan sopan dalam sudut perspektif masyarakat. Menurut Zamzani, dkk. (2010: 2), kesantunan merupakan perilaku yang
diekspresikan dengan cara yang baik atau beretika. Fungsi kesantunan adalah untuk mewujudkan suasana yang tenang dan terhindar
dari konflik sewaktu ujaran diucapkan oleh penutur. Kesantunan merupakan
fenomena kultural, sehingga apa yang dianggap santun oleh suatu kultur mungkin
tidak demikian halnya dengan kultur yang lain. (Tria Setrioni. et
al., 2018). Oleh itu, bidang kesantunan berbahasa
telah menyebabkan beberapa kekangan telah dihadapi oleh saya semasa proses
pembelajaran berlaku.
Antara
kekangan yang dihadapi termasuklah pengurusan masa sepanjang kelas dalam
talian, iaitu Remote Teaching Learning (RTL) dijalankan. Pada kebiasaannya
setiap semester akan berlangsung selama 14 minggu, namun tidak pada semester kali
ini. Hal ini adalah kerana tempoh bagi semester ini dipendekkan menjadi 12
minggu sahaja. Tempoh pembelajaran secara maya ini menjadikan tempoh pembelajaran
menjadi terhad selama empat bulan sahaja. Hal ini menyebabkan saya untuk sentiasa
fokus terhadap semua perkara seperti kelas dan komitmen dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan. Bukan itu sahaja, saya juga menghadapi kekaburan maklumat
dalam memahami tugasan yang perlu disiapkan.
Selain itu, saya juga memerlukan pemahaman yang lebih dalam bidang kesantunan berbahasa ini. Pengalaman dahulu semasa menjalankan kajian dalam bidang kesantunan berbahasa ini sememangnya memberikan saya banyak pendedahan awal mengenai bidang tersbeut. Namun, setelah mempelajari bidang ini saya sedar bahawa masih terdapat perkara kesantunan yang saya tidak ketahui. Contohnya, nada dan intonasi yang memainkan peranan penting dalam bidang kesantunan yang juga tercakup dalam bidang pragmatik. Hal ini sangat berbeza dengan dapatan sebelum ini yang berasaskan pendapat responden mengenai kesantunan semata-mata. Pendedahan yang lebih mendalam mengenai bidang ini memerlukan saya membuat pembacaan lanjut dalam artikel serta makalah dalam talian. Saya turut menggunakan teknik ini dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sebagai sumber rujukan dan pemahaman sekunder.
Kesimpulannya,
saya telah menghadapi beberapa kekangan sepanjang mempelajari
bidang kesantunan berbahasa. Hal ini telah menyebabkan saya sentiasa berusaha lebih
dalam memahami topik dan mencapai pemahaman yang diingini menerusi teori, tajuk,
kajian serta tugasan yang telah diberikan.
03
3.0 APLIKASI
TEORI KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KEHIDUPAN
Walaupun tidak sepenuhnya menggunakan Teori Kesantunan
sebelum ini, namun teori yang dipelajari amat berguna. Teori Kesantunan ada
banyak kegunaanya yang boleh diamalkan oleh semua golongan di negara.
Saya amat menitikberatkan penggunaan gaya bahasa yang betul sewaktu menjalani pembelajaran secara dalam talian. Perkara ini memerlukan penyusunan kata yang sopan dan betul dalam pertuturan secara maya. Hal ini adalah kerana perbualan yang digunapakai sepanjang pandemik berlaku adalah kiriman berbentuk suara atau mesej. Awang Sariyan memperkenalkan konsep kesantunan sebagai pematuhan terhadap peraturan yang wujud dalam bahasa sesebuah masyarakat. Menurut beliau lagi, kesantunan berbahasa oleh masyarakat Melayu ditunjangi oleh kepatuhan terhadap agama dan mendefinisikan kesantunan itu sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada lawan tutur. Perkaitan teori Awang Sariyan dalam kesantunan masyarakat Melayu berfokuskan kepada konsep Islam iaitu Amar Maaruf Nahi Mungkar (menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran). Gaya bahasa yang sopan mampu mengindarkan perbuatan yang mungkar seperti mengeji, bersangka buruk, memarahi mahupun memfitnah perbuatan seseorang. Sewaktu pembelajaran dalam talian, saya akan mengetahui terlebih dahulu kestabilan emosi sebelum menghantar pesanan kepada seseorang (Amar Maaruf). Perkara ini adalah penting untuk mengelakkan permusuhan yang tidak diingini (Nahi Mungkar).
04
Selain
itu, sebagai seorang pelajar Muslim saya juga mengaplikasikan teori Awang
Sariyan semasa berinteraksi dengan orang luar. Secara umumnya, masyarakat di
luar sana merupakan orang yang sangat asing bagi kita. Namun, persaudaraan itu amat
dituntut dalam Islam. Tuntutan menjaga hubungan baik sesama manusia adalah
digalakkan meskipun tidak mengenali antara satu sama lain. Kata sapaan yang
sopan dalam kalangan masyarakat akan mewujudkan hubungan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera. Hal ini adalah kerana,
Allah
tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang kecuali
oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui (Surah
An-Nisa 4 :148)
Berdasarkan surah tersebut, Islam melarang umatnya untuk bercakap buruk dan menunjukkan tingkah laku yang kurang sopan. Adab Melayu juga tidak mendidik sama sekali masyarakat Melayu untuk bertindak kurang sopan di hadapan orang lain. Hal ini kerana masyarakat Melayu terkenal dengan adab serta tatasusilanya yang sopan. Sewaktu berinteraksi bersama masyarakat, saya akan sentiasa menjaga tingkah laku serta pertuturan lisan yang sopan. Sebagai contoh, ketika saya menyertai program ilmiah anjuran jurusan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa di Instagram, saya akan bertanyakan soalan dengan sopan dan tertib di ruang komen. Tambahan lagi, jika saya kurang bersetuju dengan pendapat seseorang, saya akan menerimanya dengan hati terbuka dan tidak berbalah antara satu sama lain. Hal ini adalah bagi mengaplikasikan teori Awang Sariyan yang menunjukkan penghormatan kepada lawan tutur.
05
Seterusnya, saya juga mengaplikasikan Prinsip
Kesopanan Leech menerusi Maksim Simpati. Pembelajaran dalam talian menjadikan para
pelajar memerlukan sokongan antara satu sama lain. Hal ini adalah kerana kami
menghadapi tekanan dan masalah yang sama. Maksim simpati (Symptahy Maxim) memerlukan
pertuturan bersifat asertif (tegas dan terus terang) dan ekspresif (penuh
perasaan). Dalam menyampaikan rasa simpati, pertuturan yang diujarkan haruslah
mempunyai input perasaan dan dapat difahami oleh lawan tutur. Saya kerap
memberikan semangat dan kata-kata perangsang untuk membangkitkan semula
semangat mereka. Contohnya,
A:
Tidak bersemangatlah pada hari ini.
B:
Kamu boleh, percayalah pada diri kamu. Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu.
Ujaran tersebut jelas menunjukkan pengaplikasian Prinsip
Kesopanan Leech dalam kesantunan berbahasa. Hal ini juga sedikit sebanyak
memberikan kata-kata semangat buat diri saya untuk meneruskan pembelajaran
dalam talian ini.
Kesimpulannya, teori kesantunan Awang
Sariyan dan Prinsip Kesopanan Leech telah banyak
membantu saya dalam menghadapi kekangan yang dihadapi. Pengaplikasian teori menunjukkan
perkaitan sebagai seorang Muslim yang mengamalkan kesantunan dalam hidupnya. Perkara
seperti ini amat diperlukan supaya dapat terus diamalkan sehingga ke generasi
akan datang.
06
4.0 PENGALAMAN
BERHARGA BERKAITAN KESANTUNAN BERBAHASA
“Pengalaman mematangkan kita”. Sudah
acap kali kita dengar kata perangsang tersebut. Sepanjang mempelajari ilmu
kesantunan berbahasa, terdapat beberapa pengalaman berharga yang telah
diperoleh.
Ilmu
kesantunan berbahasa merupakan ilmu yang sangat baharu bagi saya. Sepanjang
mengambil kursus ini, saya menerima banyak pendedahan mengenai tokoh-tokoh
kesantunan berbahasa di negara kita. Sebagai contoh, Awang Sariyan (2007),
Asmah Haji Omar (2000), Tenas Effendy (2011) dan Leech (1983). Melalui pendedahan
tokoh tersebut, saya banyak mempelajari ilmu kesantunan berbahasa dari pelbagai
perspektif seperti perspektif Islam dan perspektif akademik. Tambahan pula,
hujah yang diberikan oleh mereka juga menarik dan sesuai untuk dijadikan
landasan dalam sesuatu kajian pragmatik. Tanpa sedar, saya telah mengamalkan
kesantunan dari sudut mereka sejak dahulu lagi.
Selain
itu, pengalaman mengendalikan program forum Santai Santun secara dalam talian
merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Hal ini adalah kerana usaha
keras yang dikeluarkan berhasil dan tidak merugikan sama sekali. Saya dapat
mengasah bakat dalam kepimpinan dalam kumpulan. Perkara ini membantu saya untuk
tampil berani mengelola satu biro iaitu Penyelaras Program sebagai ketua kumpulan.
Selain itu, perkongsian yang diberikan pada hari tersebut sedikit sebanyak membantu
saya untuk menambah lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada. Gabungan tetamu
jemputan juga menjayakan lagi majlis kerana perkongsian yang sangat hebat walaupun
berbeza sudut iaitu agama dan juga budaya.
Kesimpulannya,
sepanjang mempelajari ilmu kesantuan berbahasa, saya telah memperoleh banyak
pengalaman berharga. Perkara ini juga telah banyak memberikan input kepada saya
untuk terus mengamalkan kesantunan dalam kehidupan seharian.
07
5.0 KESIMPULAN
Pada pendapat saya, walaupun saya baru
sahaja mempelajari bidang kesantunan ini akan tetapi bidang ini merupakan
bidang yang seharusnya diketengahkan lebih-lebih lagi di negara kita. Masyarakat
yang berbilang kaum sudah tentu mempunyai nilai kesantunan yang tersendiri. Sebagai
seorang pelajar Muslim, saya begitu percaya bahawa perintah Allah SWT dalam
menyuruh menjaga hubungan sesama manusia itu banyak hikmahnyya. Hal ini adalah
disebabkan keharmonian sebuah hubungan itu sudah pasti bermula daripada adab
dan kesopanan seseorang.
Terdapat masyarakat yang kurang pendedahan
terhadap kepentingan ilmu kesantuan berbahasa ini. Mereka menganggap zaman
mereka dahulu sudah banyak ilmu yang telah diajar kepada mereka. Kesimpulannya,
saya berharap agar masyarakat dapat menerapkan ilmu kesantunan berbahasa dalam
kehidupan seharian, iaitu dari segi tingkah laku dan gaya bahasa dalam pertuturan.
08
BIBLIOGRAFI
Ayuni Binti Mohamad Bakari. (2017). Kesantunan
Berbahasa Dalam Drama Zahira. Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Handro Steve Natanael. et al. (2015). Kesantunan
Berbahasa Dalam Bersosial Media. Sekolah Menengah
Atas, Jakarta, Indonesia.
Tria Setrioni. et al. (2018). Makalah Santun Berbahasa.
Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar
Fakultas Ilmu Pendidikan, Universiti Negeri Semarang, Indonesia.
Yeri Septianti Putri. et al. (2019). Etnografi Bahasa:
Sikap Bahasa Dan Kesantunan Berbahasa. Program
Studi Pendidikan Bahasa Indonesia, Jurusan Pendidikan Bahasa dan Seni, Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan,
Universitas Bengkulu, Indonesia.
Sara Beden. (2019). Prinsip Dan Strategi Kesantunan
Penulisan Dalam Artikel Ruangan Agenda
Bahasa. Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak, Malaysia.
St. Mislikhah. (2014). Kesantunan
Berbahasa. Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN),
Jember, Jawa Timur, Indonesia.
Vinsca Sabrina Claudia. et al. (2018). Prinsip
Kesantunan Berdasarkan Maksim Leech Dalam Kumpulan
Naskah Drama Geng Toilet Karya Sosiawan Leak Dan Relevansinya Sebagai Bahan Ajar Teks Drama Di Sekolah
Menengah Atas. Indonesia.
09
Comments
Post a Comment